Catatan

Maklumat Ringkas

Imej
INFO :  Setiap bahagian cerita ada versi Bahasa Melayu (di sebelah atas) dan Inggeris (di sebelah bawah). Each parts of the story has Malay version (on the upper part) and English (on the lower part).

Tunduknya Abam Polis

Imej
BAHASA MELAYU " Sudah jam 12 malam dah ni, bersiap sedia untuk kemas-kemas dan balik ke balai semula ", arah pegawai polis atasan yang mengetuai operasi sekatan jalan raya tadi. Sesudah sahaja sampai di balai, Ilham pun duduk di kerusinya sambil menguap beberapa kali. " Mengantuk sangat kau ni, Ilham. Dari dalam kereta hingga ke sini, kau tak habis-habis menguap, hahaha ", kata si Faliq yang sudah lama duduk di situ. " Gila tak mengantuk, dari semalam lagi aku masih bekerja. Penat betul bulan ni, banyak sangat operasi ", balasnya sambil melelapkan mata. " Biasalah kalau sudah minggu cuti umum, macam tidak biasa pula ". Kata-katanya itu tidak dibalas dek kerana Ilham sudah pun terlena sebentar di kerusinya. Dalam lima minit kemudian, dia tersedar semula dan terus melihat sekeliling, nasib orang atasan masih tiada di situ lagi lalu dia pun meneruskan kerjanya. " Pergilah beli air kopi atau nescafe dekat mesin tu, biar hilang rasa mengantuk tu...

Temanku Si Anjing

Imej
BAHASA MELAYU Langit yang cerah semakin hilang terangnya, waktu bekerja juga sudah hampir tamat pada hari itu. " Yeah, akhirnya tiba juga hari cuti yang ditunggu-tunggu ", kata Alvian yang sedang mengeliat di mejanya. " Hahaha, sudah ada perancanganlah tu sewaktu cuti nanti. Ke mana pula kau bercuti kali ini? ", tanya Asri, rakan sekerjanya. " Bercuti apanya, tak tahu nak pergi mana. Lepak rumah je lah, hahaha ". Rancaknya mereka bersembang sambil mengerjakan tugas mereka, sedar tak sedar yang masa telahpun menunjukkan jam 5:30 petang. Belum sempat Asri bangun, Alvian telah pun sampai ke pintu keluar. " Betul-betul bersemangat Alvian ni, hahaha ", bisik Asri setelah melihat tingkah lakunya itu. Setelah sampai di pintu utama bangunan itu, Asri terlihat Alvian yang keluar awal tadi sedang duduk di kerusi yang berdekatan tempat itu. " Eh, aku ingatkan kau dah balik, kenapa duduk sini lagi? ". " Nak balik macam mana, tak nampak tu huj...

Padan Muka

Imej
BAHASA MELAYU Nama diberi, Zahari, berumur dalam lingkungan 30-an. Seseorang yang bergelar cikgu subjek kemahiran hidup di salah sebuah sekolah tertua di Melaka. Tubuh badannya agak biasa sahaja namun sedikit sasa apabila dilihat, ditambahkan lagi dengan raut wajahnya yang kacak dan berkulit agak cerah, tidak mustahillah dia menjadi tarikan dan diminati oleh anak-anak dara yang bersekolah di situ. Bukan itu sahaja, perwatakkannya yang bersahaja dan baik tapi sedikit tegas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran itu amat-amat disukai oleh pelajar lelaki lainnya. Namun disebalik kekacakkan dan perwatakkannya yang serba murni itu, dia juga ada sisi gelapnya yang mana mempunyai seksual kesukaannya yang agak pelik bagi kebanyakkan orang-orang di Malaysia ini. Dia amat meminati seksual yang lebih ke arah BDSM, malah dia juga adalah seorang "Tuan" yang sudah pun mempunyai seekor "Anjing" nya sendiri. " Weh, Ri. Kau buat apa tu? Jomlah lepak mamak, aku bosanlah deka...

Jangan Ganggu Sahabatku

Imej
BAHASA MELAYU !!! PERHATIAN !!! Sila baca cerita Jiwa Gusti dahulu sebelum baca cerita pendek ini • • • Latihan yang berterusan pada malam Jumaat tadi habis agak lewat, aku yang masih kepenatan terus balik ke bilik setelah selesai mandi dan salin pakaian di bilik persalinan. Walaupun perut aku masih terasa kelaparan, namun rasa penatku tidak dapat dibendung lagi. Sesudah sahaja tiba, bilik aku sudah pun sunyi sepi walaupun pada malam hujung minggu, tidak seperti bilik-bilik lain yang masih hingar-bingar. Aku pun terus meletakkan beg-beg aku lalu duduk ditepi katil sambil melihat si Arif yang sedang menyelubungi tubuh dengan selimut sambil dibuai mimpi lena. Entah kenapa aku terasa senang melihat dia sebegitu sehinggakan terukir senyuman dibibirku tanpaku sedar. Setelah itu, aku pun terus merebahkan badan sambil membelek-belek telefon sekejap sebelum tidur dan aku tersedar ada satu mesej baru masuk dari Whatsappku. " Weh, keding. Kau ni memang tak malu ke? hahaha ", mese...